Penyeliaan & Penyelenggaraan Pembinaan Jalan Raya Tahap 3

Program ini adalah lanjutan daripada program Operasi Pembinaan Jalan tahap 2. Dalam program ini, pelajar akan didedahkan kepada kemahiran teori dan praktikal dalam penyeliaan pembinaan jalan raya.

Pelajar akan mempelajari teori & kemahiran praktikal dalam:

  •  Penyeliaan Pengurusan Lalu Lintas
  • Penyeliaan Kerja Tanah Jalan
  • Penyeliaan Kerja Saliran
  • Penyeliaan Kerja Turapan
  • Penyeliaan Pemasangan Perabot Jalan
  • Penyeliaan Kerja Perlindungan Cerun
  • Penyeliaan Penyelenggaraan Jalan Raya

Tempoh: 8 Bulan (800 jam)

Mod Pembelajaran

  • Teori (3 bulan)
  • Praktikal (5 bulan)

Kehadiran: Minimum 80% kehadiran dikehendaki untuk layak mendapat penganugerahan Sijil Kemahiran Malaysia dalam Penyeliaan Pembinaan Jalan & Penyenggaraan Tahap 3.

Elaun Pelatih: Ditaja sepenuhnya oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Malaysia. Elaun RM 300 sebulan bagi setiap perantis semasa tempoh pengajian.

Syarat Kemasukan

  • Warganegara Malaysia
  • 18 tahun dan ke atas
  • Tamat program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2

Pertauliahan Sijil

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam Penyeliaan Dan    Penyelenggaraan Pembinaan Jalan Raya dan Kad Hijau CIDB