
Dinamakan bersempena dengan Ascidieria Grandis (Eria Grandis), anggrek ini terdapat di Gunung Kinabalu. Hotel Grandis terletak di tengah bandar, jaraknya hanya 15 minit untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, hotel ini bersebelahan dengan pusat membeli-belah sesuai dengan gaya hidup di bandar. Lokasi ini menjadi tempat percutian yang ideal bagi mereka yang ingin berjalan-jalan di kawasan tempat membeli-belah, makan, dan tarikan pelancong.
Hotel Grandis mempunyai pemandangan yang memukau iaitu berdepan dengan Laut China Selatan, pemandangan matahari yang terbenam di Kota Kinabalu, dan pulau-pulau Taman Tunku Abdul Rahman yang indah.